tag:blogger.com,1999:blog-643514770590342301.post2720293971597468355..comments2023-08-14T20:07:51.378+08:00Comments on presentable, logical VEGETABLE: Masyarakat Bijak & Kebebasan BersuaraZaki Samsudinhttp://www.blogger.com/profile/18252385881886321706noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-643514770590342301.post-22802474821175109152010-04-21T00:30:26.739+08:002010-04-21T00:30:26.739+08:00Anon 10:58, terima kasih atas kunjungan dan pendap...Anon 10:58, terima kasih atas kunjungan dan pendapat bernas yang ditinggalkan.

Memang benar, bagi sebuah negara membangun perlu ada pemimpin yang tegas, berani dan berketrampilan. Namun saya kurang bersetuju dengan hujah saudara/i bahawa pemimpin itu perlu sedikit 'authoritarian'. Hujah ini kalau disampaikan 50 tahun dulu mungkin boleh diterima. Sekarang, dalam keadaan masyarakat yang semakin lama semakin tinggi tahap pendidikannya, tak mungkin kita masih mahu bergantung kepada seorang pemimpin agung yang segala titah perintahnya perlu dijunjung tanpa soal.

Dalam artikel saya, saya telah perjelaskan bahawa kebebasan bersuara itu tidak sepatutnya bersifat mutlak. Memang perlu ada batasan dan kawalan tapi bukanlah sehingga ke tahap ruang media awam dikuasai sepenuhnya parti pemerintah. Apa salahnya di Malaysia, program diskusi seperti yang disiarkan di Astro Awani disiarkan di RTM? Apa salahnya juga sekiranya mahasiswa dan ahli akademik diberi kebebasan melontarkan pendapat dan kritikan? Bukankah ianya seperkara yang baik jika lebih banyak golongan muda peka akan isu2 politk semasa dan ingin mengambil bahagian dalam pentas perbincangan dan perdebatan? Atau adakah kita lebih selesa bilamana golongan muda rata-ratanya leka dengan Akademi Fantasia dan hiburan semata-mata? Saya tidaklah menyarankan agar diadakan pesta maki-hamun pemimpin2 masyarakat (baik di pihak BN mahupun di pihak PR). Hakikatnya, sekiranya seorang pemimpin yakin dengan tindak-tanduknya dia tidak perlu takut berdepan kritikan. Pasti semuanya boleh dijawab.

Thailand memang bergolak sekarang, namun janganlah diambil itu sahaja sebagai contoh. Cuba lihat Indonesia sekarang ini. Ruang perbahasan yang cukup meluas di sana melihatkan kesan yang amat positif di mana pemimpin politik tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenangnya seperti di zaman Suharto dulu. Pembangunan ekonomi di sana juga kini agak memberangsangkan dan hasilnya tidak lagi dibolot golongan elit pemerintah.

Untuk memelihara kestabilan negara, yang penting pasukan keselamatan (polis dan tentera) dan badan kehakiman perlu jelas bebas dan neutral. Maka, mana2 pemimpin yang menyalahgunakan kuasa boleh dipertangungjawabkan segala tindak-tanduknya.Zaki Samsudinhttps://www.blogger.com/profile/18252385881886321706noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-643514770590342301.post-22844980395974239982010-04-20T10:58:45.482+08:002010-04-20T10:58:45.482+08:00Pada pendapat saya, bagi negara-negara dunia ketig...Pada pendapat saya, bagi negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia yang baru sahaja bebas dari pengaruh kuasa asing,negara-negara tersebut memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk membangunkan negara.
Ini kerana keperluan negara-negara tersebut adalah berbeza dengan keperluan negara-negara maju. Matlamat kita adalah untuk mencapai kemajuan yang setaraf dengan negara maju. Banyak yang perlu diubah dan dicapai untuk menjadi sesebuah negara maju. Untuk melaksanakan perubahan tersebut, sesebuah negara memerlukan jentera kerajaan yang mantap, kuat yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang pintar, berkeyakinan tinggi ,tegas,'visionary' dan sedikit 'authoritarian'.
Pemimpin sebegini secara semula jadi akan dihormati dan disegani di setiap lapisan masyarakat. Pemimpin yang berperwatakkan sebegini amat penting untuk mengawal kestabilan dalam sesebuah negara dan pada masa yang sama membuat perubahan kearah kemajuan. Memandangkan negara-negara dunia ketiga agak rapuh dari segi kestabilan dan keselamatan,Kebebasan hak bersuara dan kebebasan lain perlu dikawal kerana di-era dunia tanpa batasa seperti sekarang, negara boleh menjadi kucar-kacir dalam sekelip mata.
Untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah negara dunia ketiga, seseorang pemimpin perlu digeruni oleh kawan dan lawan. Digeruni oleh kawan bagi membolehkan setiap arahan yang dikeluarkan dipatuhi dan untuk mengawal persengketaan dalaman yang boleh melemahkan sistem pentadbiran.
Digeruni oleh lawan pula penting bagi membolehkan musuh atau anasir-anasir luar berfikir dua kali untuk membuat onar. Ini kerana mereka tahu pemimpin sebegini boleh melakukan apa sahaja yang tidak terlintas pun di fikiran. Untuk melakukan sesuatu, mereka sedar risikonya sangat tinggi.
Jika pemimpin yang memimpin sesebuah kerajaan itu lemah dan mudah untuk diperkotak-katikkan, setiap 'warlords' dalam pentadbiran akan naik tocang dan bebas melakukan sesuka hati mereka.Mereka ini mempunyai sokongan akar-umbi yang sangat kuat dan tidak mudah sebenarnya untuk mengawal mereka. Seseorang pemimpin perlu mencari jalan untuk 'command their respects'.
Dengan letusan teknologi maklumat pada masakini dimana segala-galanya bukan lagi rahsia, amatlah mudah untuk mengesan pemimpin yang lemah dan tidak berkemampuan.Kesannya,terbentuklah persepsi umum terhadap pemimpin tersebut.
Mereka yang dapat membaca kelemahan pemimpin tersebut mula bercita-cita sesuatu dan bertindak di luar kawalan. Ianya sampai ke satu tahap dimana pemimpin hilang kawalan dari segenap penjuru, dihina dan diperkotak-katikkan oleh lawan dan kawan. Jika pemimpin tersebut memimpin sesebuah negara, kerajaannya boleh tumbang pada bila-bila masa.
Sebagai contoh, saudara boleh melihat apa yang berlaku di negara-negara jiran. Pemimpin bertukar-ganti tetapi negara tidak pernah tenteram. Mana mungkin negara dapat dibangunkan dengan keadaan sebegitu. Kemajuan mustahil dapat dicapai. Inilah yang kononnya dinamakan demokrasi dan kebebasan hak bersuara. Yang miskin kekal miskin dan yang kaya kekal kaya. Tiada mobiliti sosial berlaku.
Jika ini berlaku, negara dunia ketiga akan kekal mundur dan miskin sampai bila-bila.Anonymousnoreply@blogger.com