Thursday 30 September 2010

'Yang Menang Jadi Raja, Yang Kalah Jadi Penjahat'

(Berikut adalah artikel saya yang diterbitkan di laman web Centre for Policy Initiatives pada 23 September 2010 di bawah tajuk 'Umno menentang Malayan Union memberi kerakyatan kepada kaum minoriti')

Pepatah Cina ada menyebut: 'Yang menang jadi raja, yang kalah jadi penjahat' (chengzhe wei wang, baizhe wei kou). Pepatah ini sering digunakan dalam konteks penulisan sejarah. Sejarah sering ditulis pihak yang menang dalam perang merebut kuasa. Maka, yang menang itu diagung-agungkan dan yang kalah dicerca semahunya.

Lihat sahaja bagaimana Hang Tuah dan Hang Jebat digambarkan dalam 'Sejarah Melayu'. Hang Tuah diagung-agungkan sebagai wira menyelematkan Melaka dan Hang Jebat dicerca sebagai penderhaka yang kejam dan hina. Hang Jebat digambarkan seorang yang mabuk kuasa mengamuk menuntut bela atas kematian sahabat karibnya. Beliau dikatakan kebal kerana keris Taming Sari berada ditangannya. Maka Hang Jebat seorang sahaja sudah cukup untuk mengambil-alih istana Sultan Melaka.

Hakikatnya, Sejarah Melayu ditulis oleh penulis-penulis yang diupah pihak istana. Mana mungkin huraiannya adil dan saksama menggambarkan setiap tokoh dan peristiwa di Melaka. Hang Jebat misalnya dikatakan bertindak sendirian. Tidak ada yang lain yang menyokongnya.

Namun bila direnung secara rasional, adakah mungkin benar Jebat seorang mampu menundukkan semua hulubalang raja? Bala tentera kerajaan Melaka bukan hanya seorang dua. Malah dikatakan mencecah puluhan ribu jumlahnya. Takkan Hang Jebat begitu hebat sehingga mampu menewaskan kesemuanya?

Mungkinkah apa yang berlaku sebenarnya adalah perang saudara? Hang Jebat adalah ketua pihak pemberontak dan beliau disokong ribuan rakyat yang simpati dengan perjuangannya. Kumpulannya tewas maka Hang Jebat sebagai ketua dicerca dan dihina seolah-olah tidak ada seorang rakyat pun yang menyokongnya.

Tidak cukup dengan itu, Hang Jebat dituduh pula mengamuk, setelah ditikam Hang Tuah, membunuh ramai rakyat Melaka yang tidak berdosa. Sehebat manapun seorang pahlawan, mana mungkin setelah parah tertusuk keris di badan mengamuk tujuh hari tujuh malam membunuh ribuan manusia?

Mustahil pada saat ini untuk kita mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi. Kisah Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku sudah sekian lama. Tidak ada sumber bukti yang sahih yang dapat memisahkan yang mana fakta dan yang mana rekaan semata-mata.

Namun dalam pengkajian sejarah kemerdekaan negara yang hanya separuh abad usianya, banyak sumber boleh diselidiki untuk menghasikan ulasan yang adil dan saksama. Misalnya, dalam mengkaji persoalan siapakah pejuang kemerdekaan negara, tidak mungkin hasilnya akan menjurus hanya pada Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan pemimipin Parti Perikatan yang lain?

Nama-nama seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Mustapha Hussain dan ramai lagi, kenapa lenyap begitu sahaja dalam buku-buku teks sejarah rasmi negara?

Yang pasti, yang terawal berjuang ke arah kemerdekaan bukanlah golongan elit dan bangsawan Melayu yang menubuhkan Umno pada tahun 1946. Yang terlebih dahulu menyemai semangat merdeka adalah orang-orang kebanyakan seperti Ibrahim Yaakub, Ishak Haji Muhammad, Burhanuddian Al-Helmy dan Mustapha Hussain. Malangnya, kerana mereka bukanlah daripada golongan elit masyarakat Melayu yang berdamping dengan penjajah British, usaha mereka tidak berhasil.

Namun perjuangan dan pengorbanan mereka tidak sia-sia. Walaupun telah sekian lama tidak diberi penghormatan, kisah perjuangan mereka kini mula terserlah melalui buku-buku yang disadur dengan interpretasi sejarah yang berbeza daripada apa yang sering dihidangkan dalam buku-buku sejarah rasmi negara.

Peranan dan sumbangan Umno ke arah kemerdekaan memang tidak dinafikan. Namun hakikatnya, ketika Umno ditubuhkan pada tahun 1946, kemerdekaan Tanah Melayu bukan matlamat yang diperjuangkan. Umno ditubuhkan asalnya untuk menentang penubuhan Malayan Union. Yang ditentang adalah perlucutan kuasa raja-raja Melayu dan undang-undang yang memberikan hak kewargenegaraan kepada semua golongan imigran yang termaktub dalam gagasan Malayan Union yang dicadangkan.

Malah Umno dalam tempoh lima tahun pertama penubuhannya begitu berkeras tidak mahu membuka taraf kerakyatan kepada orang-orang Cina, India dan orang-orang bukan Melayu yang lain di Malaya. Pengasas dan Presiden Umno ketika itu, Dato' Onn Jaafar mulai sedar kemerdekaan akan hanya tercapai jika masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaya dapat bersatu dan bekerjasama. Namun usahanya untuk membuka keahlian Umno kepada kaum yang lain ditentang hebat, memaksa beliau meletak jawatan dan mengasaskan parti politik yang lain.

Dalam keadaan Umno yang masih terkial-kial dengan isu kerakyatan, sudah ada sebenarnya usaha untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaya di bawah satu suara untuk menuntut kemerdekaan. Usaha ini dipelopori pertubuhan-pertubuhan di bawah naungan Putera (Pusat Tenaga Rakyat) dan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action). Putera dipelopori Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai Burhanuddin Al-Helmy dan disokong hebat masyarakat Melayu di luar bandar. AMCJA pula didokong kesatuan-kesatuan pekerja dan beberapa pertubuhan bukan Melayu yang lain.

Malangnya semua pertubuhan ini tidak mendapat restu pihak British. Alasan utamanya ialah semua pertubuhan ini berfahaman kiri dan dituduh bersekongkol dengan pihak komunis. Maka kewujudan dan pengaruh mereka menjadi ancaman besar kepada pihak British yang mahu memelihara kepentingan mereka sendiri. Semua pertubuhan haluan kiri ini diharamkan dan ramai pemimpin-pemimpin mereka ditahan. Penahanan mereka membuka laluan untuk Umno memimpin perjuangan ke arah kemerdekaan yang sebelum itu bukan matlamat asal yang diperjuangkan.

Buku-buku teks sejarah sekarang tidak banyak mengulas tentang kisah-kisah ini. Sejarah kemerdekaan negara dirumuskan dalam fakta-fakta ringkas yang disusun dalam bentuk carta dan gambarajah. Mana mungkin pelajar-pelajar sekarang mampu menyelami dan menghayati sejarah negara dengan kaedah pembelajaran seperti ini?

Namun inilah realitinya sekarang. Sejarah hanyalah satu matapelajaran yang memerlukan penghafalan 'fakta' sepertimana yang termaktub dalam buku-buku teks dan rujukan.

Saya berpendapat semua rakyat Malaysia perlu didedahkan dengan penulisan-penulisan sejarah yang berbeza. Bermula dari sekolah menengah, golongan muda perlu didedahkan dengan kisah-kisah perjuangan semua golongan dan kumpulan pejuang kemerdekaan termasuklah kisah perjuangan Kesatuan Melayu Malaya, PKMM, Putera, AMCJA, Umno dan Parti Komunis Malaya. Semua pertubuhan-pertubuhan ini telah menyumbang ke arah kemerdekaan.

Maka, selain daripada membaca kisah perjuangan tokoh-tokoh seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock, semua rakyat Malaysia perlu digalakkan juga memahami perjuangaan tokoh-tokoh lain seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Mustapha Hussain, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Chin Peng dan lain-lain.

Antara tokoh-tokoh ini memang terdapat tokoh-tokoh komunis yang terlibat dalam pembunuhan dan keganasan. Namun keganasan sebenarnya tidak berlaku hanya di sebelah pihak. Dan pihak komunis tidak juga mengganas membabi buta tanpa sebab. Ada sejarahnya dan ada kisah di sebaliknya.

Fakta sejarah itu tidak semuanya hitam dan putih. Terdapat kisah dan interpretasi yang berbeza. Tidak salah untuk kita memihak kepada interpretasi yang tertentu, namun salah rasanya jika kita menafikan wujudnya interpretasi-interpretasi lain yang ada.

Secara peribadi saya percaya tatkala segala kisah perjuangan ini dirungkai dan dibahas, ramai yang akan bersetuju dengan kesimpulan bahawa kaedah yang diambil Tunku Abdul Rahman merupakan jalan terbaik untuk mencapai kemerdekaan. Tunku menuntut kemerdekaan daripada pihak British secara aman dan teratur.

Kebijaksaan Tunku berunding memastikan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dengan mewarisi sistem dan prasarana pentadbiran yang licin dan berkesan. Ini banyak menyumbang kepada kemajuan negara yang lebih pesat berbanding dengan bekas tanah jajahan British yang lain seperti Ghana, Nigeria, India dan Pakistan.

Namun dalam keghairahan kita memperingati jasa dan pengorbanan Tunku dan rakan-rakannya, janganlah diabaikan pengorbanan tokoh-tokoh yang lain. Janganlah dinafikan kemerdekaan yang kita nikmati hari ini sedikit sebanyak adalah hasil perjuangan mereka juga.

Related article: 'Was Merdeka taken or was it given?' by Raja Petra Kamaruddin

Recommended short film: '10 Tahun Sebelum Merdeka' by Fahmi Reza

17 comments:

Anonymous said...

i sense you are truly a leftist and anti-monarchy perhaps. pity bcz i know you have potential to go far but if your views stays like this, nobody will take u seriously. you need to respect more our culture and tradition.

just a reminder from an old friend.....

Zaki Samsudin said...

Dear old friend (anon 11:41, whomever you are),

Thank you for your reminder. I concede that I'm indeed leaning towards the left but I'm certainly not anti-monarchy. I respect tradition but I'm not obsessed by it. I would support any reform initiative which seeks to improve the situation in our country as long as it adheres to my religious beliefs and principles.

Mr Bubu said...

Salam w.b.t.
I would like to highlight to this particular paragraph:

"Buku-buku teks sejarah sekarang tidak banyak mengulas tentang kisah-kisah ini. Sejarah kemerdekaan negara dirumuskan dalam fakta-fakta ringkas yang disusun dalam bentuk carta dan gambarajah. Mana mungkin pelajar-pelajar sekarang mampu menyelami dan menghayati sejarah negara dengan kaedah pembelajaran seperti ini?"

I believe that the intention of this paragraph was to highlight that the simplifications done to the textbooks of History subjects hinders the students to value the historical knowledge of the country.

However, in my humble opinion, I guess you are jumping to conclusions a bit too fast. I would say that how textbooks are presented now is more friendly and it is aimed to attract students/people to be interested in the subject. One of the ways is through presenting it like that.

I believe the intention is to create more students to be interested in the subject first, then assuming that they are interested, they will dig further information themselves later on.

A comment will remain an idea if not accompanied with a suggested solution. If simple facts and charts do not get the job done, what would be your suggestions to make students(and the people) appreciate historical knowledge better? (within the scope of textbook)

Thank you for your attention.

Zaki Samsudin said...

Brother Bubu,

Appreciate your comments as always...

I am old school in many ways and that includes how I deem to be the only appropriate way to learn history, and that is to read and read as much as you can, not but looking at charts, diagrams etc. I've seen the current textbooks for history used by our secondary school students. It dismays me to see that these books have more charts and diagrams than there are texts. I am of the opinion that charts and diagrams should only be there to summarise the main points, not to actually be the main reference for any discussion. To me, to learn history is to read, and appreciate and recognise that for many things there aren't actually what we can clearly say as historical 'facts'. There are various interpretations. Granted, some interpretations are more valid than others but none I believe is absolutely right or absolutely wrong. I don't believe for example if one were to discuss something like 'faktor2 kejatuhan Melaka ke tangan Portugis', we should limit the discussion to a certain set number of factors. If we simplify a complex historical event like the above into charts and diagrams, it will only motivate students to memorise. Whether they understand the complexity of and the various opinions on the issue unfortunately becomes a negligible concern.

I have to admit though that my personal opinion here run against many of the theories and findings in learning techniques that we have in cognitive psychology. Nevertheless, I stand by my point that the only 'real' way to study history is by reading through pages and pages of chart-less and diagram-less dull-looking history books.

As for my suggestions on how to make history more interesting to students, my focus would not be on books. Let the books be boring and dull but rich with information and critical discussion. History, like literature, is a subject that requires the inspiration of a good teacher who knows how to stir the curiosity of the students to understand and reflect on every single line that he reads. If history is taught in the way that I had experienced most of the time when I was in school that is to memorise a list of 'facts' to be vomited out during exams, that will surely kill off any attempt to build any kind of intrinsic motivation to study history among students.

Allahu'alam.

Mr Bubu said...

Salam w.b.t. Great insight.

If that is the case, I would agree to what have been said about the effects of simplification to the history textbooks.

And shifting the focus on the role of the educator in stirring the curiosity of the students is profoundly argued.

I guess each sides will risk something. Simplified history textbooks is more appealing to make students be more easily confident about the subject and not think that it is hopeless to learn a subject from a dull textbook. However, it is risking the students' ability of really appreciating the real purpose of learning history, whereby students feel confident and know about history just by memorizing charts etc.

Your argument, focus on the role of educator to make it interesting is plausible, whereby making use of the classroom situation as a platform to discuss and the time to make it interesting for the students, and let the textbook do the other part (as a source of critical information). However, the risk is whether majority educators can do this or not (maintaining khuznuzon, my hope is that majority can, ameen~).

In addition to that, even if all educators are able to do that, if majority students do not have the interest in the first place, the blame should definitely not be on the educator. *Here it also applies to the simplified textbook as well.

I guess finally, it comes back to the matter of choice, choosing one will always risk another. It calls down to how to compare which approach is risking little and gaining a lot against risking a lot and gaining a little. (However, I'm the type to believe that in order to gain big, we need to take big risks)

Conclusion: I would support your argument, provided that it is applied in the context of university level or pre-U level. For below those level, the possibility is there, applicability is what I'm worried about.

My humble thoughts. Thank you.

Anonymous said...

salam abang zaki

dalam mengkaji sejarah mungkin perlu diteliti, antara pseudo history dan actual fact

namun permasalahannya timbul bila sejarah dikaji melalui oral- mulut ke mulut serta berat sebelah dan sebagainya sehingga menyebabkan distortion

ibnu khaldun pernah mengkritik sejarawan arab, tentang pekara yang tidak boleh dielakkan. (bias, distortion and ect)

sebetulnya, apa perlu mengkaji sejarah sekiranya faktanya terlalu vague
maka, pengkajian sejarang bukan hanya yang menang jadi arang, kalah jadi abu. bukankah, sejarah lagi sesuai untuk dikalam untuk nilai murni?



tak gitu abang zaki?

rendrazaleigj

Zaki Samsudin said...

Brother Bubu,

Your worries are understandable, but I believe we should not underestimate secondary school students' ability to reason and think. Certainly, what we need to focus on is on how to train teachers to make history interesting. For that, I would suggest, just like there are special training given to science and maths teachers, history teachers should be be given special training as well.

Saudara Rendrazaleigh,

Terima kasih atas komen saudara. Pada saya, distortion wujud dalam semua bahan sejarah, baik yang berasal dari sumber mulut mahupun sumber tulisan. Tidak ada yang objektif dalam penulisan dan penyampaian kisah-kisah sejarah. Semua orang ada biasnya tersendiri.

Pseudo-sejarah memang jelas ada termasuklah sepertimana yang termaktub dalam buku2 hikayat Melayu yang penuh dengan kisah-kisah mistikal yang tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.

Memang sejarah sepatutnya berobjektifkan hasrat memupuk pengajaran agar kesilapan yang lalu tidak diulangi. Namun dalam keghairahan kita memupuk nilai2 murni melalui pembelajaran sejarah, janganlah sampai kita terlalu mengagung-agungkan sesuatu pihak dan memperlecehkan peranan dan sumbangan pihak yang lain. Teknik penulisan sejarah harus dijaga agar ianya lebih bersifat narrative dan tidak banyak bersifat argumentative. Inilah sebenarnya asas kepada hujah yang ingin saya ketengahkan.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

skrg sejarah dah wajib lulus? amacam? happy tak?

Zaki Samsudin said...

Anon.24/10,

Bagus diwajibkan lulus Sejarah tetapi tujuannya untuk apa sebenarnya. Adakah untuk menggalakkan pelajar2 lebih berminat belajar sejarah atau untuk memastikan semua pelajar mempunyai pemahaman sejarah yang tertentu?

Anonymous said...

sejarah wajib lulus sekadar recognition sebab besok lusa, tanya balik mesti lupa.

yang penting, kepentingan moral serta semangat nasionalism tu dipupuk dan disemai.

dan, lulus tu sekadar dapat E. bukannya susah pun nak dapat E. cuba kalau suruh murid-murid dapat sekurang kurangnya credit (da 2 tahun tinggalkan sekolah, sudah tak berapa pasti sistem permakahan zaman sekarang)

mesti isu remeh ni jadi politik kan?

Zaki Samsudin said...

Anon 27/10,

'Sejarah wajib lulus' menjadi isu politik sebab ia diumumkan menteri semasa Perhimpunan Agung Umno, dan diusul beberapa perwakilan dengan alasan golongan muda perlu faham sejarah negara yang 'sebenar'. Kalau benar ini isu akademik semata-mata, pengumuman sepatutnya di buat di Kementerian Pelajaran, dan rasional yang diberi lebih merujuk kepada pentingnya sejarah dalam memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran yang kritikal, bukan kerana mahu menonjolkan versi sejarah yang tertentu.

Allahu'alam.

Anonymous said...

Sejarah diwajibkan lulus untuk dapat Sijil SPM, sama sperti Bahasa Melayu dan Matematik. Satu lagi beban dan tekanan bagi guru-guru dan pelajar sekolah. Semakin lama semakin banyak pembaharuan yang ingin diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara kita. Sebahagian besar pembaharuan tersebut tidak begitu jelas rasionalnya. Malah tiada keperluan yang mendesak pun.Jika hendak dibandingkan dengan isu-isu lain, banyak lagi isu-isu lain yang memerlukan perhatian dan tindakan segera kerajaan.
Punca sebenar pembaharuan dan dasar pendidikan negara kita yang sering berubah-berubah adalah lebih kepada orang politik yang ingin 'create legacy' di Kementerian Pelajaran. Nampaknya orang politik melihat Kementerian Pelajaran ini adalah sebagai satu tempat untuk mencipta nama untuk meningkatkan saham politik mereka. sememangya orang politik memerlukan 'legacy' untuk diingati dalam sejarah.
Sebenarnya, isu dasar dan polisi pendidikan bukan satu isu yang boleh dibuat main-main. Ini kerana ianya melibatkan masa depan anak-anak bangsa kita.Orang politik yang yang tidak tahu 'nitty and gritty' sistem pendidikan tidak harus dibiarkan sewenang-wenangnya untuk mengarahkan itu dan ini dan mansuhkan itu dan tubuhkan ini.Lihat saja pilot projek PPSMI yang dimansuhkan selepas beberapa tahun. Tidakkah ianya nampak seperti satu penganiayaan kepada satu generasi pelajar?
Tidak terkecuali para pelajar kita di luar bandar dan kampung-kampung yang ada potensi dan bakat dalam subjek sains dan matematik tetapi terpaksa belajar dalam bahasa yang mereka tak paham sepatah haram pun.
Sebagai contoh, seorang pelajar di luar bandar boleh mendapat purata markah 60-80% untuk subjek Sains dan Matematik jika diajar dalam bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Melayu tetapi dek kerana polisi PPSMI, pelajar tersebut mendapat markah 20-50% untuk kedua-dua subjek tersebut. Adakah markah-markah ini menunjukkan tanda aras potensi dan bakat mereka? Tidakkah kerajaan sedar yang ianya menjadi begitu kerana masalah bahasa? Seorang uru sekolah di luar bandar pernah memberitahu saya yang ramai pelajar luar bandar 'give up' untuk cuba menjawab soalan yang mereka boleh jawab kerana soalan-soalan tersebut ditulis bahasa Inggeris. Subjek Sains dan Matematik yang sepatutnya mereka boleh skor gila-gila menjadi subjek wajib gagal dan menggelapkan terus masa depan pelajar tersebut untuk ke meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Bukankah ini satu penganiayaan kepada para pelajar kita yang miskin dan daif di luar bandar?
Saya masih tak faham kenapa masih ada pihak yang berkobar-kobar mahu PPSMI diteruskan terutamanya NGO seperti PAGE.

Zaki Samsudin said...

Anon 2/11,

Terima kasih atas komen saudara/i.

Saya setuju benar dasar2 yang membabitkan pendidikan adalah perkara berat, sepatutnya setiap keputusan atau perubahan perlu berdasarkan kajian yang mendalam setelah mengambil kira semua pendapat pihak yang terlibat - pelajar2, guru2 dan ibubapa. Saya memang tidak mengharapkan ahli2 politik baik di BN atau Pakatan untuk memahami perkara ini. Cuma saya merasakan pertubuhan2 yang mewakili guru, ibubapa dan pentadbir pendidikan dapat bertindak lebih tegas membangkang dengan tegas (jika perlu) mana2 perubahan dasar yang jelas bermasalah seperti PPSMI.

Anonymous said...

Dear Anon 2/11,
You've got good grasp on people's sentiments on the ground regarding PPSMI. Only parents living in the cities wanted the policy to be continued. They only wanted the best education for their children, albeit a tad insensitive to others aspecially kampong folks who were having extreme difficulties with PPSMI.
I think the government should bring back the colonial style government-funded English school as an addition to national that we already have right now. With English school, everything will be taught in English including Islamic studies.
So parents have a choice. If you want your kids conversant in English, sen them to English school. For those who love their mother tongue language more aa well as the 'pejuang bahasa', they can send their children to national school. The coice are theirs to make. Government just give them options.

Mr Bubu said...

A good discussion.

I am very much on the idea that the government should provide options (not claiming that they have not, considering there are already options such as Convent Schools, Religious Schools, National Schools, Int. Schools etc.)

It will then boils down to the cost of opening more options, as options, cost a lot.

Anonymous said...

just read RPK's article on merdeka. did he plagiarise your article? :) startling resemblance!

Zaki Samsudin said...

Brother Bubu,

You are absolutely right. More options means more costs, which is why it is not feasible for the govt to provide more than what we already have.

The options are there. Any parents who deem proficiency in English is most important can choose to send their children to international schools, like what our PM did to a few of his children :)

However, my personal belief is, for the purpose of national unity and integration, every single Malaysian school student (across all types of schools) should be made to score at least C6 (or whatever its equivalent is these days) for Bahasa Melayu in UPSR and SPM. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diberi perhatian dan penghormatan yang sewajarnya.

Anon 9/11,

I've read the article by RPK. Honestly I don't see much resemblance between his and my article except for the first few opening paragraphs. Certainly, both articles do have similar main points but ultimately the style of writing and the intended message were very different. I'll put a link to the article on this post.