Saturday, 13 September 2008

Indigenous Peoples: Listen to Our Cries (Malaysiakini, 13.9.2008)

In my last posting, I described an imagined scenario where the orang asli community publicly expresses their long-held grievances against the Malay-majority government. It didn't cross my mind that something real was about to happen. For futher details, go to: http://www.malaysiakini.com/news/89657

As reported in the news article above, a group call the Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Indigenous Peoples Network of Malaysia) is seeking for not only better respect for their rights, they are also demanding the government to apologise for past injustices against them. The last three paragraphs in the article says it all:

According to findings in the memorandum, the Orang Asal consist of more than 80 ethno-linguistic groups, each with its own culture, language and territory, totalling up to four million or 15 per cent of national population.

“In the context of Malaysia, however, no law or policy was found that mentions the right to self-determination for indigenous peoples, let alone, accord us that right,” said Mark (Mark Bujang, Executive Director of Borneo Resources Institute.

According to him, the Orang Asal have suffered from injustices by previous regimes and governments since the formation of the government of Malaysia.

“Therefore, the government must apologise for all these injustices and prejudices that have happened throughout the history,” he stressed.

Question: The statements above, are they seditious or are they (simply) deliberations based on historical facts?

Regardless, I don't think in this case we can brush them off by telling them to go back to where they came from, can't we?

7 comments:

Hazuwanita said...

hmmm, lgpun mereka adalah golongan "bumiputera" dalam erti kata sebenarnye kan? ;)

Zaki Samsudin said...

betul. jadi, janganlah kita terlalu taksub dengan konsep bangsa and ketuanan Melayu. bangsa itu adalah istilah nominal, bukan ordinal.

tanah ini milik Allah SWT. semua orang punya hak ke atasnya. sebagai manusia biasa, siapalah kita untuk menentukan yang kita punya hak yang lebih daripada orang lain?

suhailie said...

Salam...saya pun ada terfikir perkara ni. saya rasa orang Malaysia perlu diberi peluang yang sama. saya ada suarakan pendapat ni pada kawan2, tapi mereka nampak bangsa selain melayu sedang menindas melayu, jika melayu hilang keistimewaan. saya diam je la.

lecturer intro to law saya, atau pada masa sama pengerusi ABIM rasakan keistimewaan ini perlu bagi majoriti tapi dikatakan kurang daya saing ( lecturer saya guna istilah lain, tapi saya lupa. lebih kurang maksud dia 'lemah'). erm, rasa macam betul juga.

Dalam setiap perbincangan, kita selalu lupakan orang asli, seolah-oleh mereka tinggal di other part of the world.

apapun, saya tetap rasa malaysian tetap malaysian dan patut diberi peluang yang sama, bergantung pada diri kita untuk bersaing. jadi tak timbul isu sensitif. semua lahir kat malaysia, membesar di malaysia.
mungkin kita terlalu selesa jadi orang melayu, sehingga terlupa apa sebenarnya bangsa lain terpaksa lalui, dengan keistimewaan yang melayu dapat. wallahua'lam

bubu said...

Setuju!
Bak kata Tok Malik Badri dlm bukunya Contemplation, isu familiariti yg mana kita lupa akan nikmat-nikmat yang selalu kita dapat tanpa menghargainya.

Zaki Samsudin said...

salam...

terima kasih atas ulasan saudara-saudari sekalian.

kebanyakan daripada pemimpin2 Melayu di negara kita sering melaungkan bahawa hak keistimewaan orang Melayu dan dasar eknomi baru itu perlu kerana orang2 Melayu telah sekian lama menjadi mangsa eksploitasi golongan penjajah dan pedagang2 luar (orang2 Cina dan India). walaupun tidak bersetuju, saya faham dan boleh menerima mengapa hujah ini masih diterimapakai hingga ke hari ini.

cuma, yang sering saya persoalkan, sampai bila? kedudukan orang Islam-Melayu sebagai pemimpin negara dan status Islam sbg agama rasmi, itu saya setuju perlu dipertahankan selama-lamanya. namun, bila merujuk kepada pemberian tanah, insentif ekonomi, pemberian biasiswa dll, bagi saya 'keistimewaan' perlu diberikan kepada semua yang berhak (berdasarkan keperluan dan status sosio-ekonomi) tanpa mengira bangsa dan agama.

Allahu'alam.

Zaki

bubu said...

Yah. Sy setuju tentang kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada Melayu perlulah diagihkan sama rata untuk semua kaum (sekurang-kurangnya 3 kaum utama: Melayu, Cina dan India) dan yang paling penting skali, "bagi yang memerlukan".

Memang benar bila kita sebut tentang pengagihan secara adil, mmg dapat tentangan daripada khususnya kaum Melayu kerana stereotaipnya ialah Melayu ialah golongan miskin dan Cina pula ialah golongan kaya. Jadi dengan itu, masyarakat Melayu pilih untuk mempercayai yang kaum-kaum lain tidak berhak mendapat kelebihan2.

Saya sendiri semasa membesar sejak kecil lagi dah ada impresi yang sebegitu (Cina kaya). Tapi masa berlalu, apabila mengenali rakan2 dari kaum lain, India dan Cina, bukan semua yang sebegitu (kaya). Ada yang saya rasa lagi berhak drpd kaum Melayu yang inginkan kelebihan lagi sedangkan keperluan mereka telah mencukupi. (Ade je kawan saya yang pernah sanggup tipu gaji (mengatakan gaji keluarga yang rendah) utk dapat beberapa kemudahan2, dan disebabkan dia dilihat sbg "Melayu", maka peratusan die mendapat kelebihan tu lagi tinggi berbanding pelajar2 dr kaum lain, yang mana akhirnya dia dapat juga.)

Bila kita dapat lihat dari perspektif ini, boleh nampak ada yang keji menggunakan label "Melayu" untuk mendapat keuntungan berbanding dengan label yang patut digunakan lebih: "kemampuan/keperluan". Tak hairanlah bila kaum lain yang lebih memerlukan kemudahan2 ini memberontak dsebabkan hal ni.

(Byk penyataan2 yang dikemukakan adalah drpd pendapat dan pengalaman sendiri. Ada yang mungkin bertentangan dgn realiti, yg mana itu hanya persepsi saya.)

Zaki Samsudin said...

Saudara Bubu,

Terlebih dahulu, Selamat Hari Raya 'Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman saudara mengamati realiti keadaan sosio-ekonomi masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.

Saya sendiri mempunyai pengalaman serupa. Yang paling tidak dapat saya lupakan adalah seorang rakan sekolah saya berbangsa Cina: rajin, jujur dan berbudi bahasa. Bapanya seorang 'fruit-seller', menjual buah-buahan 'potong' sambil membawa motosikal kapcai di sekitar Petaling Jaya. Ibunya seorang surirumah. Dalam perbincangan dalam kelas (semasa Tingkatan 2), pernah beliau tersipu-sipu memberitahu yang beliau tidak pernah sekalipun pergi berkelah di tepi pantai. Ketika itu, rakan2 sekelas (termasuk saya sendiri) tergelak besar mentertawakannya. Tidak terlintas di fikiran kami ketika itu bahawa bapa beliau sebenarnya tidak mampu membawa anak2nya bercuti kerana kesempitan hidup.

Beberapa tahun yang lalu, saya mendapat tahu bahawa rakan sekelas saya ini sudah menjadi seorang jurutera yang berjaya. Saya amatlah terharu dan sebak hingga menitiskan air mata apabila diberitahu bahawa beliau dan dua orang lagi adik-beradiknya, semuanya belajar dan tamat pengajian di kolej2 swasta segala-galanya ditanggung oleh bapanya sendiri. Cuma adik bongsunya sahaja yang menerima sedikit bantuan biasiswa dari sebuah pertubuhan swasta. Bayangkan, seorang 'fruit-seller' mampu menabung untuk menanggung kos pengajiaan anak2nya sampai ke peringkat universiti.

Saya tak mampu nak memahami pemikiran orang lain. Tetapi bagi saya, sebagai orang Melayu dan orang Islam, saya malu. Saya malu kerana ketika kita tidak habis2 mempertahankan stereotaip "orang Melayu orang miskin... orang Cina orang kaya", dan menggunakan tanggapan ini untuk mempertahankan segala keistimewaan2 yang kita perolehi, bangsa lain mampu hidup berdikari biarpun dalam keadaan hidup yang susah dan serba kekurangan. Saya tertanya kepada diri saya, bagaimana boleh saya justifikasikan, anak2 seorang 'fruit-seller' berbangsa Cina tidak diberikan biasiswa dan pinjaman pelajaran, tetapi anak2 seorang Tan Sri, pegawai tinggi kerajaan berbangsa Melayu yang tinggal di rumah banglo, berkereta mewah, dan mampu bercuti bersama keluarga setiap tahun ke luar negara, anak2nya semuanya melanjutkan pelajaran dengan biasiswa penuh kerajaan. Adakah ini adil? Adakah ini selaras dengan ajaran Islam?

Allahu'alam. Buntu kadangkala bila terus-terusan memikirkannya.