Monday 8 February 2010

Menangani Prejudis dan Stereotaip Negatif Kaum

Seorang kenalan saya di Amerika pernah menceritakan bagaimana pada satu hari, ketika duduk berehat sebentar di sebuah pusat membeli-belah, beliau ternampak dua orang lelaki berkulit hitam berlari dengan pantas sambil dikejar seorang pegawai keselamatan. Lantas timbul hasrat kenalan saya ini untuk membantu lalu dikejarnya dua orang lelaki itu, diterjah salah seorang daripadanya dari belakang dan dihempap badannya ke bawah. Lelaki berkulit hitam itu mengerang kesakitan lalu berkata; "saya tuan punya kedai, kenapa awak tangkap saya?!" Terperanjat sungguh kenalan saya ketika itu. Beliau hanya mampu memohon maaf dengan penuh rasa kesal kerana bukan sahaja tersalah menangkap orang, tapi membiarkan juga pencuri yang sebenar melarikan diri.

Kenalan saya bukan sebarangan orang. Di Amerika beliau terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan golongan minoriti di sana. Bahkan, beliau sering terlibat dalam kempen-kempen dan forum yang menentang sikap prejudis terhadap apa jua golongan bangsa dan beragama. Maka, walaupun beliau berkulit putiih, profilnya sama sekali tidak menggambarkan beliau sebagai seorang yang bersikap negatif dan agresif terhadap masyarakat lain.

Ramai antara kita sebenarnya tanpa disedari bersikap prejudis dan menaruh sterotaip negatif terhadap orang lain. Fenomena ini telah dibuktikan dalam banyak kajian dalam bidang psikologi sosial. Kajian di Amerika misalnya ada melaporkan hampir 80 peratus masyarakat kulit putih di sana tanpa disedari menaruh sikap prejudis terhadap masyarakat berkulit hitam. Sikap implisit ini tidak semestinya dizahirkan melalui perbuatan atau kata-kata secara terbuka, namun dalam situasi tertentu ianya tetap terserlah.

Di Malaysia, isu prejudis dan sterotaip kaum ini sering dianggap isu sensitif bukan sahaja di pentas awam, tapi juga di kalangan ahli-ahli akademik. Oleb sebab itu, tidak banyak kajian saintifik yang dilakukan untuk meninjau sejauh mana masyarakat pelbagai kaum di Malaysia menaruh sifat perjudis terhadap satu sama lain.

Namun yang jelas, jika ditinjau daripada kelakuan dan percakapan harian, masalah ini tidak boleh dipandang ringan. Di kalangan rakan-rakan dan sanak saudara saya yang berbangsa Melayu, sering kedengaran keluhan bilamana ada barang yang dibeli dianggap mahal, peniaga Cina yang cepat dipersalahkan. "Orang Cina, sebab tu lah mahal".

Di kalangan orang Cina, ada juga prejudisnya. Seorang graduan universiti tempatan berbangsa Melayu pernah menceritakan pengalaman beliau menghadiri temuduga di sebuah syarikat swasta. Semua penemuduga yang hadir berbangsa Cina. Ketika sessi temuduga berjalan, mereka sering berbisik di antara mereka dalam bahasa Mandarin. Yang tidak disedari mereka calon temuduga itu sebenarnya boleh berbahasa Mandarin kerana bersekolah rendah di sekolah Cina. Beliau faham benar apa yang dibisikan yang antaranya ialah "Ma-lai-ren lan-dou... Ma-lai-ren mei-you da-nao (orang Melayu malas... orang Melayu kurang pandai)".

Mengapa ini terjadi? (bersambung...)

Klik di sini untuk membaca artikel penuh di laman web Centre for Policy Initiatives.

No comments: