Thursday 21 January 2010

Kaum & Budaya Apa Yang Lebih Hebat?

Masyarakat kita hari ini dikelilingi kepelbagaian. Kita terdedah dengan individu-individu yang berbeza warna kulit, budaya dan pegangan hidup berbanding diri kita sendiri. Maka dalam keadaan ini, dilema yang menanti adalah samada kita tetap teguh dengan cara dan budaya kita sendiri atau perlu kita mengalah dan menerapkan budaya orang lain.

Tidak kira siapa, Melayu, Cina, India, Arab dan sebagainya; nalurinya ialah mempertahankan adat dan budaya masing-masing. Jika ditanya, pasti ramai yang beranggapan budaya-nya-lah yang terbaik dan selainnya tidak setanding. Dalam sains sosial, fenomena ini dinamakan etnosentrisme (ethnocentrism). Walaupun sering dianggap negatif, etnosentrisme sebenarnya suatu yang normal dan setiap individu itu sebenarnya, sedar atau tidak, ada ciri-ciri etnocentrik.

Orang Melayu misalnya, rata-rata menganggap masakan Melayu itulah yang paling sedap, nasi itu hidangan wajib dan sambal belacan pelengkap hidangan. Mee, burger, spagetti atau apa saja selain nasi bukanlah makanan sebenar. Nasi sahajalah yang boleh mengenyangkan. Tidak kira di mana jua, di negara sendiri atau di perantauan, nasi-lah satu-satunya makanan asasi.

Saya sendiri pun lebih kurang begitu. Saya pernah tinggal di utara Eropah, pernah menyantap hidangan ikan salmon yang segar. Seringkali ke negara Cina menikmati mee dan sup daging yang enak. Namun kalau ditanya, hidangan apakah yang paling sedap, saya tidak teragak-agak menyatakan gulai tempoyak ikan patin yang paling sedap di dunia.

Saya bangga dan selesa dengan masakan Melayu. Namun, saya tidak pernah menghadapi masalah menyesuaikan diri bila berada di luar negeri. Saya pastinya tidak pernah kelaparan walau di mana saya berada walaupun tempat itu tiada nasi putih dan sambal belacan. Tidak pernah terlintas di fikiran saya walau di mana saya pergi untuk membawa periuk nasi, cili dan lesung batu.

Ini perihal diri saya. Orang lain bagaimana? (bersambung...)

(Sila lihat artikel penuh di laman web Centre for Policy Initiatives, atau The Malaysian Insider)

2 comments:

Ahmad Javanese said...

read this one :D good artcile mr kosren :D

Mr Bubu said...

Best dessert ever- Bingka Ubi! :D